Malam sebelum raya dah semestinya mengadap kuih raya untuk diisi dalam balang yang cantik sikit. Bila tetamu datang rumah baru nampak menarik kuih raya yang terhidang. Kat luar rumah pula ada bakar lemang dan rebus ketupat. Semua sibuk dengan tugas masing-masing.
Raya tahun 2012 merupakan sambutan hari raya paling best bagi aku. Hari raya terakhir sambut bersama keluarga semasa aku berstatus bujang. Hehe. Entah berapa buah rumah kami pergi waktu tu untuk ziarah sanak saudara sambil membawa hajat menjemput kenalan datang ke majlis perkahwinan aku.
Rasanya hari raya tahun 2012 baru aku mula rajin ambil beberapa gambar kenangan hari raya menggunakan smartphone Samsung Galaxy S. Sebelum ni memang tak pernah ambil gambar semasa beraya. Dari siang beraya sampai ke malam asyik ambil gambar je. Kenangan terindah setahun sekali berkumpul bersama.
Tapi rasa rugi betul sebab sebelum ni tak guna dengan sebaiknya smartphone Samsung milik aku untuk rakam kisah kemesraan hari raya. Banyak moments indah tak dapat disimpan sebagai kenangan.
Waktu malam pula kat kampung aku biasanya tak ramai yang datang beraya. Kalau ada pun cuma saudara mara yang datang dari jauh untuk ziarah. Bila takde aktiviti nak dibuat, lepak jela kat rumah mengadap
Memandangkan Hari Raya 2013 tahun ni aku beraya dengan isteri, balik kampung nanti kena beraya sakan pergi ziarah rumah orang. Sambil-sambil tu nak kenalkan wife aku pada saudara mara yang tak berkesempatan datang majlis kahwin kami tahun lepas.
Isteri : “Abang! First time raya tahun ni nak balik kampung siapa dulu?”
Suami : “Balik kampung abang dulu, lepas tu baru balik kampung sayang. Kita gilir-gilir.”
Isteri : “Sayang ok je..”
Hidup orang berkahwin ni kena sentiasa berkorban luangkan masa bersama dengan ibu bapa dan keluarga di kampung. Tambah-tambah bila dah ada satu lagi keluarga iaitu keluarga mertua, tiap-tiap tahun kena bergilir-gilir untuk balik beraya. Sementara ibu bapa kita masih ada, kita usahakan jela untuk luangkan masa dan hargai setiap saat indah bersama mereka.
Jom tengok Samsung Raya TVC yang menarik ni sempena kempen “
Untuk mudahkan berhubung dengan mak abah aku, aku ada bagi mereka phone Samsung Coconut E1195. Nak belikan Samsung Galaxy S4 memang mereka tak reti nak guna. Dapat phone boleh buat panggilan pun dah cukup buat mereka. Boleh call anak-anak bila rasa rindu. Macam tu lah mak abah aku, tak pernah kisah tentang gadget-gadget terkini yang canggih.
Sempena hari raya yang bakal tiba ni kalau boleh dapat sebuah Samsung Galaxy Camera memang best lah. Boleh guna untuk ambil gambar raya, rakam video raya, share gambar baju raya dan lain-lain. Saat-saat gembira menyambut hari raya pun boleh dirakam dan akan menjadi satu bahan kenangan yang sangat bernilai.
Semoga kita semua dapat menyambut hari raya tahun ni dengan sempurna. Balik kampung nanti pandu kereta hati-hati. Semoga Allah lindungi kita semua daripada sebarang kecelakaan. Paling penting… Dulu, kini dan untuk detik yang bakal menjelang, hargailah saat bersama keluarga.
Apakah makna Hari Raya bagi anda? Kongsikan di Samsung Portraits of Raya dan anda berpeluang menang hadiah Samsung Family Movie Treats berupa 4 keping tiket wayang beserta popcorn dan air.
Seronok
sumber
About Admin
This is dummy text. It is not meant to be read. Accordingly, it is difficult to figure out when to end it. But then, this is dummy text. It is not meant to be read. Period.